Senarai Blog Saya

Selasa, 18 Ogos 2009

YANG BERSARA "YB"

RABU : 19.08.2009 :11.00 
 Aku dah lama bersara dari pekerjaan ku  seorang pendidik.,kira kira 6 tahun lamanya.Dulu masa menjadi pendidik  kerja bertimpa-timpa banyaknya, hari-hari memikirkan apa nak aku ajar besuk. Itu belum aktiviti kokunya lagi Hari ni lapang  rasanya dari segala bebanan kerja. Tapi lama-lama jadi "YB" ini bosan juga. Untuk menghilangkan kebosanan aku pernah cuba untuk memohon mengajar semula melalui program guru  secara kontrak yang di panggil KGSK (Kesatuan Guru Simpanan Kebangsaan) Seronok jugak mengajar semula walaupun cuma dua bulan kekadang sebulan bergantung kepada guru yang kita ganti atau kekosongan.Gajinya lumayan juga , satu hari kerja RM110.00 , kalau sebulan  mengajar 20 hari banyak juga.Sekolah yang pernah aku  bertugas selepas jadi "YB" ialah  SK Parit Bilal, tahun 2004 selama 2 bulan, SKTIB  tahun 2004 selama 1/2 bulan, SMK Tongkang Pecah tahun 2005 selama 2 bulan, SMK Penghulu Saat Tahun 2005 selama 2 bulan, Smk Tun Ismail 2005 selama 2 bulan dan SMK Tun Aminah 2006 selam satu tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan